Baru-baru ini kami telah mendapat permintaan dari Pengerusi Kelab Biologi Sekolah Menegah Hin Hwa untuk buat satu presentation mengenai biologi udang galah serta pakej memancing selama sejam. Setelah mengkaji dengan lebih mendalam pasal biologi udang galah, presentation slide pun dah siap maka kami dapat present dengan cemerlang. Banyak soalan ditujukan dan keadaan kedai kami amat meriah. Seramai 39 orang kesemuanya yang hadir menjadikan kolam kami begitu sesak dengan pengunjung. Setelah presentation dibuat, kami ajar cara memancing udang galah.
Beberapa pelajar dapat merasakan sentapan si jenggo dan berjaya menaikkan udang tersebut. Ini adalah yang pertama kali lawatan sebegini diadakan di kolam kami. Kami amat berbesar hati jika adalagi lawatan sebegini diadakan.
Welcome To Galah Desa
Kami dengan berbesar hati ingin mengucapkan selamat datang ke kolam pancing udang galah kami di Seksyen 23, Shah Alam. Kami menyediakan pakej-pakej menarik yang sesuai untuk semua jenis pemancing. Terdapat juga game-game yang menarik dengan hadiah yang lumayan. Diharap anda semua sudi datang ke kolam pancing kami. Jika ada komen sila komen di chatbox kami. Segala komen amat kami alu-alukan
Map To Galah Desa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment